Wednesday, February 1, 2012

OVERTIME

Punch card A

Punch card B

Kerja- kerja overtime memang ditunggu oleh clerk of works.Apa tidaknya, itulah sumber pendapatan tambahan bagi mereka. Sanggup mengorbankan masa bersama keluarga demi menambahkan pendapatan. Namun begitu, terdapat clerk of work yang menggunakan teknik terlampau untuk membuat kerja2 overtime ini. 

1.PONTENG WAKTU KERJA HAKIKI UNTUK DATANG OVERTIME

Teknik ini saya sedari apabila si pelaku secara tak sengaja memecahkan rahsianya. Tak terfikir di benak kepala saya bahawa ada orang yangsanggup melakukan hal ini. Caranya:
a. mereka akan datang kerja dalam waktu antara pukul 7 pagi dan punch masuk , tunggu beberapa minit, mereka akan punch sekali lagi dan terus balik tidur. Kemudian mereka akan datang semula ke site waktu kerja overtime. (rujuk gambar punch card B)
b. Cara ke dua, mereka lebih berhati2 iaitu dengan menggunakan teknik di atas tetapi menambah angka satu di hadapan nombor 7 dalam punch out. Ini menjadikan seolah2 mereka keluar pada pukul 5 lebih, walhal keadaannya sama seperti (a) di atas. Mereka tidak masuk site pun, malah bersenang lenang dengan urusan sendiri dalam waktu kerja. (rujuk gambar punch card A)

2.BEREBUT DENGAN RAKAN SEKERJA UNTUK BUAT OVERTIME
Perkara ini berlaku kepada saya sendiri sewaktu bekerja sebagai clerk of work. Pada waktu itu tidak ada Resident arkitek yang memantau kerja kami. Oleh itu sebagai clerk of work yg lebih senior, saya mencadangkan kerja OT tersebut dibuat secara seorang di waktu siang, manakala seorang di waktu malam. (kerja2 OT tersebut dilakukan pada hujung minggu). Rakan COW tersebut bersetuju. Saya memilih waktu malam.
Pada minggu pertama kerja OT berjalan, kami berdua diarahkan untuk membuatnya bersama. Sebagai ganjaran, hari Isnin berikutnya pihak pengurusan memberikan cuti tanpa rekod.
Minggu berikutnya, saya datang untuk OT waktu malam. Apabila saya periksa punch card, saya dapati beliau juga datang malam walhal waktu siang hari beliau telah juga membuat OT.
Untuk berbincang dengan beliau amat sukar kerana beliau sering tidak ada di site office. Beliau akrab dengan pengurusan, malah sentiasa menunjukkan muka di pejabat pengurusan. Teamwork antara kami sudah tidak ada apabila segala tindakan beliau hanya sendirian dan hanya melapurkan kepada pengurusan tanpa saya tahu apa2.(Jarak Pejabat pengurusan dengan pejabat tapak agak jauh)
Minggu berikutnya saya datang awal pagi dan punch card. Saya memeriksa card beliau, ternyata beliau belum datang. Agak saya mugkin beliau hendak OT waktu malam. Oleh itu saya jalankan OT siang hari tersebut dan memaklumkan kepada pengurusan dan cc kepada beliau perkembangan di tapak secara sms. Beliau membalas "Noted"
Tengahari itu saya memeriksa punch card di pejabat pengurusan dan mendapati beliau juga masuk kerja siang.
Keadaan ini membuatkan saya tidak selesa, seolah2 ada perebutan dalam membuat OT. Mungkin beliau lebih perlukan wang dari kerja OT, lalu minggu berikutnya saya tidak lagi membuat kerja OT tersebut.


3.BERPAKAT DENGAN KONTRAKTOR 
Kisah ini juga mengenai bekas rakan sejawat tadi. Oleh kerana beliau selalu tidak masuk site office, beliau menjadikan pejabat kontraktor sebagai tempat lepak. Untuk sesuatu kerja OT dilaksanakan, kontraktor akan memaklumkan kepada COW. Oleh kerana beliau sentiasa lepak dengan kontraktor, kontraktor hanya maklumkan kepada beliau sahaja tentang kerja2 OT.
Malah saya pula yang terpaksa terhegeh2 bertanya kepada kontraktor samada minggu tersebut ada OT atau tidak. Selalunya kontraktor akan menjawab ada, dah bagitau kepada rakan saya itu.
Apabila senario tersebut berlaku berulang2, saya membuat kesimpulan bahawa kontraktor dan rakan saya itu tidak mahukan saya terlibat dalam kerja2 OT tersebut.
Walaupun tidak selesa dengan keadaan tersebut, saya akan sentiasa bertanya kepada kontraktor samada ada atau tidak kerja OT dan pada hari Isnin, saya akan pergi memeriksa kerja tersebut.

KEBERKESANAN KERJA OT DAN KUALITI PENGAWASAN OLEH COW
Sebenarnya, dalam melaksanakan kerja overtime ini, faktor keberkesanan kerja itu yang perlu ditekankan. Soal wang imbuhan itu sudah sememangnya layak diterima apabila kerja OT tersebut dilaksanakan, namun bukanlah keutamaan. Faktor keberkesanan kerja menjanjikan waktu kerja yang berkualiti. Perkara ini saya sedari tidak berlaku di projek saya  apabila pada suatu hari kontraktor menalipon saya untuk kerja OT.

Saya bertanyakan kenapa tidak panggil rakan saya itu sebagaimana selalu kamu buat. Jawapan yg saya terima adalah beliau tidak dapat di hubungi.. Saya bersetuju utk hadir pada malam itu kerana memang itu juga adalah tugas saya walaupun sekian lama dinafikan oleh kontraktor dan rakan saya dengan blessing dari pihak PMT.

Malam itu saya memantau kerja OT yang dilakukan di tingkat bawah. Pada masa yang sama, pihak kontraktor ada melakukan kerja2 defect di tingkat atas (bangunan 40 tingkat). Walaupun kerja2 defect tidak termasuk dalam kerja2 OT untuk COW, hati saya rasa terpanggil untuk meninjau. Sesampainya saya di level 18 tempat kerja2 defect tersebut dilaksanakan, saya terkejut apabila mendapati rakan saya itu ada di situ sedang berbual2 dengan pekerja2 maintenance.

Saya katakan kepada beliau, kalau saya tahu beliau ada datang untuk OT, sudah tentu saya tak akan datang kerana WMS untuk kerja2 OT hanya memerlukan seorang COW pada satu2 masa.Kata beliau sudah ada arahan untuk kedua2 COW menjalankan kerja OT. satu untuk kerja2 baru dan satu untuk kerja2 defect. Saya menjadi hairan kenapa arahan tersebut tidak sampai kepada saya sedangkan saya sentiasa ada di pejabat berbanding dengan beliau.

Saya seterusnya meninjau kerja2 defect yang dijalankan dan sebagaimana agakan saya, ternyata pekerja2 yang memuat kerja2 defect itu tidak faham tentang apa kerja yang sepatutnya dilakukan.Mereka sebenarnya mencipta defect baru untuk membaiki defect yang dikomplen. Lalu saya menunjuk ajar mereka dengan menunjukkan defect yang perlu diperbetulkan.

Moralnya, sewaktu menjalankan kerja OT terutama di waktu malam, adalah bukan waktu untuk datang bersembang dan menghatar report kepada pengurusan semata. Pemantauan kerja itu yang lebih utama. Kerja waktu malam sama juga kerja waktu siang - pengawasan mesti dilakukan. Dengan ini barulah masa kerja yang berkualiti dapat dicapai seterusnya menghasilkan output yang dikehendaki.Tambahan pula apabila kerja OT yang dibuat oleh COW itu  adalah berbentuk pemantauan bukannya penyeliaan (standing supervision).

SIKAP PIHAK PENGURUSAN TENTANG KERJA2 OT

Pihak pengurusan, seperti SO atau PMT memberi laluan kepada kerja OT untuk kemajuan projek. Dalam masa yang sama mereka membantu COW untuk meraih pendapatan lebih. Namun begitu, terdapat juga PMT yang bertindak atas dasar emosi lalu dengan sedikit helah dari COW tertentu, mereka akan melebih2kan COW tersebut tanpa memperdulikan rakan sekerja COW yang lain.

Satu peristiwa lucu yang belaku kepada saya semasa menjadi COW ialah apabila saya memohon untuk bercuti. PMT menghantar sms kepada rakan saya bertanyakan samada rakan saya itu OK atau tidak jika beliau meluluskan cuti saya. Rakan saya itu menunjukkan SMS tersebut kepada saya dengan berkata beliau hairan tentang pertanyaan tersebut.Kami masing2 tersenyum kerana masing tahu yang rakan saya itu banyak ponteng dan banyak menipu punch card. Tentulah tidak ada masalah untuk beliau buat OT tanpa kehadiran saya , sementelah selama inipun beliau seakan menghalang saya dari buat OT.
Pihak pengurusan juga cuba menunjukkan keperihatinan mereka kepada COW dengan berlagak baik. Mereka memberikan unrecorded leave selepas kerja OT dan kerja OT itu pula boleh diclaim dari kontraktor. Bermakna COW mendapat 2 benefit, satu berbentuk kewangan dan satu berbentuk waktu rehat.Perkara ini memang dialu2kan. Namun begitu sikap PMT yang lebih favour kepada COW yang sering menayang muka di pejabat mereka tanpa mengusul kehadiran mereka di tapak adalah satu sikap yang tidak profesional. Apatah lagi apabila meminggirkan yang lain kerana favourkan yang lain.

Namun begitu, kejadian Tuhan ini memang unik. Tuhan jadikan sesuatu itu berpasang2, yang menipu pasangannya yang menipu juga.

Insya Allah dalam artikel akan datang saya akan tulis mengenai teknik memanjangkan masa OT 5-7. Namun begitu ia bukanlah untuk mengajar menipu tetapi untuk memberitahu pihak yang suka ditipu tentang kebodohan mereka kena tipu. Ingatlah, rezeki yang haram itu menjadi hijab kepad makbulnya doa kita. Allah marah jika kita tidak berdoa kepadaNya dan bagaimana Dia hendak memakbulkan doa kita sekiranya dalam darah daging kita ada rezeki yang haram?

Friday, January 27, 2012

BLAME YOURSELF


KENALI JENIS KECACATAN PADA BANGUNAN YANG TELAH SIAP DAN PUNCANYA - BAHAGIAN (1)

1. Hujan lebat menyebabkan ruang terrace diluar bangunan bertakung air
    
Punca kecacatan:     
Paip weephole sepatutnya 150mm dia. tetapi dipasang dengan paip bersaiz 75mm dia. saiz paip yang kecil ini tidak dapat menampung aliran air menyebabkan air yang terkumpul di ruang terrace bertakung  seperti kolam.

Kesimpulan : 
Kontraktor samada tidak merujuk plan atau cuba menipu. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku kerana C.O.W sepatutnya  membuat pemeriksaan samada kontraktor kemukakan RIN atau tidak.. Jelas menunjukkan C.O.W tidak menjalankan tugas.

2.Kerja belum siap (outstanding works) pada bahagian terrace yang hanya boleh dimasuki dari luar bangunan pada aras tinggi.

Punca kecacatan :
Mengikut sequence kerja, ruang terrace ini semestinya disiapkan dahulu sebelum facade dibenarkan untuk di pasang. Namun begitu, facade telah dibenarkan pasang sedangkan kerja-kerja plaster dan floor rendering di bahagian terrace masih belum dibuat. Kesukaran timbul untuk menyiapkan kerja ini kerana access ke bahagian terrace adalah melalui luar bangunan yang melibatkan penggunaan gondola.

Kesimpulan:
Kontraktor tidak menyelia kerja2 yang dibuat oleh Subcon Facade. Mereka juga tidak ada sistem kerja di mana bahagian yang belum siap  ditinggalkan begitu sahaja. Keadaan ini tidak seharusnya berlaku sekiranya C.O.W menjalankan kerja kerana untuk meluluskan pemasangan facade, semestinya ruang terrace ini disiapkan dahulu. Jelas menggambarkan bahawa C.O.W telah tidak membuat pemeriksaan keatas kerja2 plaster, render, waterproof dan facade.

3.Kebocoran di ruang solat akibat kegagalan pengkalis air di ruangan wudhuk

Punca kecacatan :
Lapisan kalis air sepatutnya diuji sebelum dibenarkan kerja2 pemasangan jubin berlaku. Kaedah water ponding adalah biasa digunakan untuk tujuan ini. Namun begitu, apabila berlaku kebocoran pada lapisan pengkalis air sehingga merebak ke bahagian lain, bermakna pengkalis air itu telah gagal berfungsi.
Ada juga kemungkinan bahawa lapisan pengkalis air tidak digunakan langsung.

Kesimpulan:
Lapisan kalis air biasanya digunakan sebanyak 2 atau 3 lapis bergantung kepada jenis bahan. Ujian water ponding pula dilakukan sebanyak 2 kali iaitu sekali oleh C&S dan sekali oleh akitek.Apabila berlaku kebocoran pada slab, tentulah akan disedari ole C&S. Manakala bila berlaku pada dinding batu bata berlepa atau pada sambungan batu bata dengan lantai, tentulah disedari oleh akitek. Oleh itu bila kebocoran ini berlaku, iaitu berpunca dari dinding batu bata, jelas terdapat kemungkinan kerja2 pengkalis air itu tidak dibuat atau tidak diuji.


RUMUSAN
Dengan penggunaan RIN dalam pemeriksaan dan dengan mengikut sequence / urutan kerja yang betul, kecacatan2 pada bangunan seharusnya berada pada aras minima. Namun begitu, apabila kedua2 item ini diabaikan, maka berlakulah kecacatan sebagaimana digambarkan disini.

Tuesday, January 24, 2012

RIN DAN PEMERIKSAAN OLEH C.O.W


Handbook untuk Clerk of Works yang dikeluarkan oleh Institut Clerk of Works, UK

Fungsi C.O.W  kepada sesuatu projek sebagaimana yang digariskan dalam handbook ini di bawah 2.2 antaranya adalah untuk:

Inspection : detecting workmanship which does not comply or materials which do not conform to the contract standards. This will usually mean inspecting in detail and checking measurements regularly.

Kaedah Pemeriksaan di tapak (inspection procedures)
Instrument yang diberi oleh kontraktor kepada C.O.W untuk digunakan dalam pemeriksaan ditapak adalah borang RIN (Request for Inspection) dimana hasil pemeriksaan dan statusnya dicatat pada borang tersebut.

BORANG 'RIN'
Borang ini mengandungi perincian tentang kerja yang hendak dibuat dengan menyatakan jenis kerja, tarikh utk dilaksanakan, tarikh meminta pemeriksaan oleh C.O.W , ruang komen oleh kontraktor setelah pemeiksaan dilakukan pada peringkat mereka, ruang komen oleh C.O.W apabila pemeriksaan dilakukan oleh C.O.W, status pemeriksaan dan ruang-ruang endorsement.

KECACATAN
Secara logiknya, apabila kontraktor telah melaksanakan pemeriksaan di peringkat mereka, apa jua kecacatan dapat dikesan dan diperbetulkan sebelum memanggil C.O.W untuk memeriksa.

Namun sering berlaku pihak kintraktor bergantung terus kepada subkontraktor mereka tanpa memeriksa terlebih dahulu. Lalu mereka mengemukakan RIN kepada C.O.W untuk pengesahan pemeriksaan dan apabila terdapat kecacatan yg dikesan oleh C.O.W, kerja tersebut perlu diperbetulkan.

Secara logik juga, apabila terdapat 2 level pemeriksaan ke atas kerja-kerja di tapak, kecacatan dapat dikawal ke tahap yang minima sahaja.

ALIRAN RIN
 RIN yang digunakan dalam sesuatu projek akan dikemukakan oleh kontraktor kepada C.O.W atau Resident Engineer/Architect/ID di pihak konsultan.

Seterusnya pihak konsultan akan memberikan status berdasarkan hasil pemeriksaan. Kontraktor akan bertindak berdasarkan status tersebut samada:
1.Kerja yg dibuat diterima sepenuhnya, kerja berikutnya boleh dilaksanakan
2.Kerja diterima tetapi terdapat kecacatan. Kecacatan perlu diperbaiki dan kerja berikutnya boleh dilaksanakan.
3.Kerja diterima dengan kecacatan yang perlu diperbaiki tanpa kebenaran utk kerja berikutnya dilaksanakan.
4.Kerja tidak diterima akibat kecacatan atau tidak mematuhi piawai spesifikasi.

Kebiasaannya RIN ini kemudiannya akan diserahkan kepada pihak yang mewakili client untuk dokumentasi dan rekod.

Apa yang berlaku dikebanyakan projek ialah :-
1.RIN lambat dipulangkan kepada kontraktor menyebabkab kontraktor mengambil tindakan 'bulldoze' @ menjalankan kerja berikutnya tanpa kebenaran
2.Kontraktor tidak memperdulikan kecacatan yg perlu dibaiki malah melaksanakan kerja berikutnya
3.Kontraktor tidak mengemukakan RIN utk sesuatu kerja atau mengemukakan RIN sebahagian dari kerja itu dan susunan RIN yg keluarkan tidak dikawal, menyebabkan ada kawasan yg tidak diperiksa.
4.Kontraktor sekadar mengeluarkan RIN tanpa memeriksa kerja yang dibuat, menyebabkan pemeriksaan yg sebenarnya hanya dilakukan oleh C.O.W
5. C.O.W tidak benar2 memeriksa kerja tersebut dan hanya menandatangani RIN sahaja.
6.C.O.W langsung tidak memperdulikan RIN sehingga bangunan diserahkan kepada client pun masih ada timbunan RIN yang tidak diperiksa. Bermakna kerja yang diminta untuk diperiksa itu tidak diperiksa. Akibatnya, bangunan yang disiapkan itu akan penuh dengan kecacatan.

contoh RIN yang tidak diperiksa w/pun bangunan telah diserahkan kepada client.

Sunday, January 22, 2012

Persatuan untuk kebajukan para Clerk of Works sila klik di sini

Wednesday, January 18, 2012

Penyampaian Maklumat Projek

Maklumat adalah penting dalam sesuatu projek. Seorang ketua yang efektif seharusnya menyampaikan maklumat kepada anak2 buahnya secara sama rata untuk kepentingan projek. Namun dalam  kes tertentu kedapatan situasi di mana maklumat itu disampaikan kepada salah seorang dari orang bawahannya. Samada diarah atau tidak, sang penerima maklumat itu seharusnya menyebarkan kepada rakan yang lain demi kelangsungan projek.
Apabila berlaku kes penyampaian maklumat yang tidak teratur bermakna terdapat sesuatu yang tersirat:-
1. Ketua menyampaikan maklumat kepada A dan A memanjangkan kepada B. Semua orang punya maklumat yang sama tentang projek itu.
2. A kemudiannya membalas maklumat itu kepada ketua dan memaklumkan kepada B tentang balasan itu. semua orang punya maklumat yang sama tentang projek itu.
3. Ketua memberikan maklumat kepada B. Maklumat itu dipendam oleh B untuk pengetahuannya seorang - bermakna A tiada maklumat tentang projek itu. Kemungkinan B cuba menyorok maklumat dari A agar dilihat sebagai lebih efisien dalam kerja.
 4. Ketua lebih suka menyalurkan maklumat kepada salah seorang sahaja antara A dan B dan tidak kesah samada salah seorang dari A dan B itu punya maklumat atau tidak.Ini mengambarkan sikap ketua itu sebagai :-
a. Menganggap maklumat itu disampaikan kepada rakan sekerja oleh si penerimanya
b.Memang mahukan salah seorang saja yang tahu maklumat itu, cth: A, dan tidak kesah sekiranya B tidak tahu
c.Ketua memang tidak sukakan salah seorang dari A / B lalu pekerja kesukaannya saja yang diberikan maklumat.

Begitu juga, antara rakan sekerja seharusnya saling menyalurkan maklumat. Namun terdapat juga kes dimana maklumat itu sukar disalurkan kerana:-
1.Rakan kerja selalu ponteng masa bekerja. Lebih parah lagi rakan jenis yang hanya datang pagi untuk punch card masuk dan datang lewat petang untuk punch keluar. Keadaan ini memusnahkan teamwork dalam pasukan kerja. Malahan di pihak ketua, akan melihat pekerja itu sebagai seorang yang rajin sedangkan masa kerja dihabiskan untuk hal2 lain umpamanya menghantar anak ke skolah, tidur di rumah dll hal peribadi.
2.Salah seorang pekerja cuba menunjuk kepada ketua bahawa dia menjalankan kerja  lalu timbul situasi untuk memusnahkan kawan lain. Natijah dari situasi ini berlakulah keadaan di mana pekerja tersebut lebih rapat dengan pihak di luar dari pasukan kerja, cth: kontraktor, dari rakan sendiri. Keadaan ini juga mewujudkan pandangan serong komuniti projek kepada rakannya itu
3.Apabila salah seorang dari pekera itu dianggap problem maker kepada kontraktor, pekerja yang satu lagi akan menjadi favourite kontraktor. Keadaan ini akan menjadikan kebanyakan kerja pemeriksaan atau pemantauan hanya dimaklumkan kepada pekerja tersebut sahaja. situasi ini menambah buruk lagi pandangan komuniti projek kepada pekerja yang tidak menjadi favourite kontraktor.

Banyak lagi faktor penting yang boleh diperincikan tentang kepentingan menyalurkan maklumat perojek mengikut aliran yang betul. Namun begitu, sebagai pembuka isu, artikel ini di harap dapat membuka mata anda.


Monday, January 16, 2012

Apakah kita hipokrit?

Lazim bagi kontraktor merayakan kejayaan menyiapkan sesuatu projek dengan kenduri kendara atau apa jua kaedah sambutan. Namun bagi kita yang terlibat dalam industri ini sebagai pihak pengawas samada sebagai pengurus atau penyelia atau pemeriksa, pelbagai perasaan dirasai apabila suatu projek bermasalah akhirnya meraikan kejayaan penyiapannya.

Andainya projek tersebut benar2 disiapkan dengan kecacatan yang minima, tentulah kita juga terpanggil untuk sama2 meraikannya. Namun, andainya projek tersebut disiapkan dengan pelbagai isu yang terpaksa ditelan, sukar untuk kita sama meraikannya.

Bagi kontraktor, asal saja CPC dan CF berjaya diperolehi, sudah cukup bagi mereka. Soal defect, tolak tepi. Soal outstanding works pun tolak tepi, asal saja CPC dan CF diperolehi. Yang terkilan adalah mereka yang bertungkus lumus memastikan kualiti dan spesifikasi dipatuhi tetapi akhirnya karenah birokrasi memaksakan segalanya diterima.

Dari segi hukumnya, haram bagi kita memperaku apa jua kerja yang tidak siap sebagai telah siap. Namun dalam mengejar nama dan laba, ramai orang terlupa hukum hakam.Ramai orang terlupa bahawa Allah itu Maha Adil dan sebarang ketidak adilan itu tentulah ada balasannya, tak di sini tentulah di sana... Fikir2kanlah! 

Friday, March 25, 2011

Maafkan saya..

blog ini tak sempat utk dikemaskini. Terlalu bz buat masa ni. Saya hanya tumpu pada blog asal di sini
http://doctorbuilding.blogspot.com/
Anyway, terima kasih kerana sudi jugak menjengok.Insya allah saya akan hidupkan semula blog ni suatu masa nanti.