Sunday, July 1, 2012

Kontraktor: 'Bank Negara musnahkan kami'


  • Nioel Aw
  • 5:30PM Jul 1 2012
 
Sebuah firma pembinaan mendakwa Bank Negara memaksanya muflis untuk mengelak daripada menanggung kos untuk pembinaan Pusat Sumber Perkhidmatan Kewangan (FSRC).

Kontraktor kejuruteraan dan pembinaan itu, H&I Niaga Sdn Bhd mendakwa tindakan Bank Negara yang enggan membayar kos berkenaan menyebabkan syarikat tersebut kini mengalami masalah.

Syarikat itu juga mendakwa telah menandatangani satu perjanjian tambahan yang "berat sebelah" dengan Bank Negara pada September 2009.

Dalam satu sidang media di ibu pejabat DAP hari ini, MP Petaling Jaya Utara Tony Pua mendakwa Bank Negara enggan membuat bayaran kepada syarikat tersebut hingga H&I muflis supaya perkara itu dapat disembunyikan.

Pua berkata, tindakan tersebut menyebabkan syarikat berkenaan tidak dapat membayar hutang yang ditanggungnya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah pengarah urusan H&I Niaga Ismail Mohd Hisham dam pengarah eksekutif syarikat tersebut Amerudin Ismail.

Saturday, June 23, 2012

Subhanallah! Puncak Gunung Yang Rata Menakjubkan


harianmetro-online

Gunung menakjubkan ini seluas 31 kilometer persegi. Puncaknya yang rata ini menjanjikan pemandangan yang menakjubkan. Seolah-olah kita berada di sebuah kayangan kerana di kelilingi awan memutih. Gunung Roraima juga dikenali nama Tepi. Tepi bermaksud rumah tuhan.
Ia dinamakan oleh orang asli kaum Pemon yang menemuinya. Gunung ini terletak di tanah tinggi Guiana, benua Amerika Selatan. Ia i terletak di sempadan antara tiga negara iaitu Venezuela, Brazil dan Guyana.
Di bawah ini adalah gambar puncak tertinggi Gunung Roraima, ianya dipanggil Maverick Rock terletak di dalam sempadan Vaneuzela dengan ketinggian 2810 meter dari paras laut. Jom lihat lagi gambar menakjubkan ini.

Sungguh cantik pemandangan di sini. Bagi orang yang gemar mendaki gunung sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk sampai ke puncak. Namun dukacitanya, tempat ini bukanlah berada di Malaysia kerana ia berada di benua Amerika Selatan. Sungguh indah ciptaan Allah SWT.
Sumber: Melayukini

Sunday, May 6, 2012

'Baju hitam' pertahan bangunan di Jalan Sultan



Dianggarkan seramai 1,000 orang yang berpakaian hitam berhimpun di Jalan Sultan hari ini untuk membantah tindakan merobohkan dua bangunan di kawasan itu bagi pembinaan projek MRT.
Dua bangunan tersebut terletak di bahagian barat Jalan Sultan yang termasuk dalam jajaran projek MRT.
save jalan sultan protest 060512 16Kawasan itu menempatkan bangunan yang bakal dirobohkan, seperti yang sedang dijalankan ke atas bangunan Stesen Bas Klang di lokasi sama.

Pengerusi bersama Jawatankuasa Selamatkan Jalan Sultan, Stanley Yong berkata peserta perhimpunan itu mengepung bangunan berkenaan hari ini untuk mengekalkan struktur berkenaan.
"Kami mahu kerajaan mendengar (seruan) kami dan menghentikan perobohan ini," katanya.

Tuesday, April 17, 2012

Lift parking

Pernah tengok parking kereta guna lift?
Haa... hari ni terserlah kejakunan aku. Aku pergi bangunan GM kat Chow Kit. Biasalah, jalan sekitar Lorong Haji Taib tu sentiasa pack. Parking tepi jalan memang full. Nak parking sebarang, takut kena saman. Akhirnya aku pusing ikut jalan Raja Laut masuk ke arah bangunan GM, untuk parking dalam bangunan GM. Sampai dekat tepi bangunan tu, pak guard lambai suruh masuk ke kawasan yang ada bolard kuning hitam, mungkin tempat loading bay, sangka ku.

Wah, bagus kataku pada isteri. spevial hari ni, pak guard bagi kita parking tempat istimewa. Ini kunjungan kali pertama kami ke sini. Tapi cuak juga, tak kan tak ada tiket parking. So aku turun tanya pak guard tu. Bang, tak amik tiket ke?

Eii.. abang kena tunggu situ sampai lift terbuka, kemudian masuk dalam lift.

Owhs....

 

 Setelah lift terbuka, ada sebuah kereta dalam tu. Dia gerak ke depan, aku masuk dalam

Kami kena tunggu hingga dua2 pintu tertutup. Ada arahan2 supaya tarik hand break dan sebagainya. Bila pintu tertutup, diammmm je. Aik, tak naik2 lagi ke? tanya aku pada isteri. Entah.. jawabnya yg memang aku dah duga sebab kami sama2 jakun hehehe.
 Aku toleh ke luar, nampak floor indicator tengah laju bergerak - level 4, 5 6 dan akhirnya level 8 lift berhenti. Wah... tak terasa pun lift bergerak.
Keluar lift baru jumpa tempat ambik tiket. Masa nak turun pun sama prosesnya, bayar ikut mesin pakai masukkan duit aje. Briliant sungguh orang yang cipta teknik ni. Jimat tenaga kerja, sesuai untuk bangunan di tempat yg congested begini. duit parking pun tak short.

Cuma, apa halnya kalau berlaku kecemasan seperti kebakaran? Kereta nak ke tempat parking di tingkat 9 dan ke atas kena naik lift. kalau keecemasan, sah sah takleh guna lift. So, kereta kena tinggal kat atas lah. Tapi, kalau KL banjir, for sure selamat sebab parking tingkat atas.

Ada pro - con nya di sini, tapi overall, aku respect idea lift parking ni.

Thursday, March 29, 2012

Kebakaran di Suria KLCC, orang ramai kosongkan bangunan

Kebakaran di Suria KLCC, orang ramai kosongkan bangunan
Suatu kebakaran berlaku di pusat membeli-belah KLCC Suria petang ini, memaksa penghuni dan pengunjung mengosongkan bangunan tersebut.

Asap putih kelihatan dari bumbung bangunan tersebut.

Anggota bomba dan penyelamat tiba kira-kira jam 5.45 petang.

Penerbit buku Amir Muhammad yang kebetulan berada di tempat kejadian berkata pegumuman dibuat melalui sistem pembesar suara meminta orang ramai mengosongkan bangunan.

Menurutnya, eskalator sesak dengan orang ramai tetapi keadaan di situ tenang dan teratur.

Beliau berkata, sekitar lebih 1,000 orang berkumpul di luar bangunan itu di bahagian air pancut dekat taman taman Suria KLCC.
http://www.malaysiakini.com/news/193568

Thursday, March 8, 2012

'Tapak perlupusan Bkt Merah boleh dijadikan taman'

Aidila Razak Malaysiakini

NONE
Tapak di mana sisa kilang penapisan Asia Rare Earth di Bukit Merah, Perak disimpan ketika ini adalah selamat untuk dijadikan sebuah taman rekreasi.

Menurut Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan, ini boleh dilakukan selepas kawasan tapak pelupusan sisa di Bukit Kledang itu dikedap sepenuhnya yang dijadualkan tahun depan.

Siling pejabat tanah dan galian Perlis runtuh

Siling Pejabat Tanah dan Galian Perlis di Jalan Penjara di Kangar runtuh malam tadi berikutan hujan lebat.
  
Kejadian itu menyebabkan sebahagian besar ruang pejabat digenangi air dan peralatan pejabat termasuk komputer dan dokumen tertentu mengalami kerosakan.
  
Pengerusi Jawatankuasa Tanah dan Perhutanan Perlis, Datuk Mat Rawi Kassim berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 malam ini ketika hujan lebat.