Punch card A
Punch card B
Kerja- kerja overtime memang ditunggu oleh clerk of works.Apa tidaknya, itulah sumber pendapatan tambahan bagi mereka. Sanggup mengorbankan masa bersama keluarga demi menambahkan pendapatan. Namun begitu, terdapat clerk of work yang menggunakan teknik terlampau untuk membuat kerja2 overtime ini.
1.PONTENG WAKTU KERJA HAKIKI UNTUK DATANG OVERTIME
Teknik ini saya sedari apabila si pelaku secara tak sengaja memecahkan rahsianya. Tak terfikir di benak kepala saya bahawa ada orang yangsanggup melakukan hal ini. Caranya:
a. mereka akan datang kerja dalam waktu antara pukul 7 pagi dan punch masuk , tunggu beberapa minit, mereka akan punch sekali lagi dan terus balik tidur. Kemudian mereka akan datang semula ke site waktu kerja overtime. (rujuk gambar punch card B)
b. Cara ke dua, mereka lebih berhati2 iaitu dengan menggunakan teknik di atas tetapi menambah angka satu di hadapan nombor 7 dalam punch out. Ini menjadikan seolah2 mereka keluar pada pukul 5 lebih, walhal keadaannya sama seperti (a) di atas. Mereka tidak masuk site pun, malah bersenang lenang dengan urusan sendiri dalam waktu kerja. (rujuk gambar punch card A)
2.BEREBUT DENGAN RAKAN SEKERJA UNTUK BUAT OVERTIME
Perkara ini berlaku kepada saya sendiri sewaktu bekerja sebagai clerk of work. Pada waktu itu tidak ada Resident arkitek yang memantau kerja kami. Oleh itu sebagai clerk of work yg lebih senior, saya mencadangkan kerja OT tersebut dibuat secara seorang di waktu siang, manakala seorang di waktu malam. (kerja2 OT tersebut dilakukan pada hujung minggu). Rakan COW tersebut bersetuju. Saya memilih waktu malam.
Pada minggu pertama kerja OT berjalan, kami berdua diarahkan untuk membuatnya bersama. Sebagai ganjaran, hari Isnin berikutnya pihak pengurusan memberikan cuti tanpa rekod.
Minggu berikutnya, saya datang untuk OT waktu malam. Apabila saya periksa punch card, saya dapati beliau juga datang malam walhal waktu siang hari beliau telah juga membuat OT.
Untuk berbincang dengan beliau amat sukar kerana beliau sering tidak ada di site office. Beliau akrab dengan pengurusan, malah sentiasa menunjukkan muka di pejabat pengurusan. Teamwork antara kami sudah tidak ada apabila segala tindakan beliau hanya sendirian dan hanya melapurkan kepada pengurusan tanpa saya tahu apa2.(Jarak Pejabat pengurusan dengan pejabat tapak agak jauh)
Minggu berikutnya saya datang awal pagi dan punch card. Saya memeriksa card beliau, ternyata beliau belum datang. Agak saya mugkin beliau hendak OT waktu malam. Oleh itu saya jalankan OT siang hari tersebut dan memaklumkan kepada pengurusan dan cc kepada beliau perkembangan di tapak secara sms. Beliau membalas "Noted"
Tengahari itu saya memeriksa punch card di pejabat pengurusan dan mendapati beliau juga masuk kerja siang.
Keadaan ini membuatkan saya tidak selesa, seolah2 ada perebutan dalam membuat OT. Mungkin beliau lebih perlukan wang dari kerja OT, lalu minggu berikutnya saya tidak lagi membuat kerja OT tersebut.
3.BERPAKAT DENGAN KONTRAKTOR
Kisah ini juga mengenai bekas rakan sejawat tadi. Oleh kerana beliau selalu tidak masuk site office, beliau menjadikan pejabat kontraktor sebagai tempat lepak. Untuk sesuatu kerja OT dilaksanakan, kontraktor akan memaklumkan kepada COW. Oleh kerana beliau sentiasa lepak dengan kontraktor, kontraktor hanya maklumkan kepada beliau sahaja tentang kerja2 OT.
Malah saya pula yang terpaksa terhegeh2 bertanya kepada kontraktor samada minggu tersebut ada OT atau tidak. Selalunya kontraktor akan menjawab ada, dah bagitau kepada rakan saya itu.
Apabila senario tersebut berlaku berulang2, saya membuat kesimpulan bahawa kontraktor dan rakan saya itu tidak mahukan saya terlibat dalam kerja2 OT tersebut.
Walaupun tidak selesa dengan keadaan tersebut, saya akan sentiasa bertanya kepada kontraktor samada ada atau tidak kerja OT dan pada hari Isnin, saya akan pergi memeriksa kerja tersebut.
KEBERKESANAN KERJA OT DAN KUALITI PENGAWASAN OLEH COW
Sebenarnya, dalam melaksanakan kerja overtime ini, faktor keberkesanan kerja itu yang perlu ditekankan. Soal wang imbuhan itu sudah sememangnya layak diterima apabila kerja OT tersebut dilaksanakan, namun bukanlah keutamaan. Faktor keberkesanan kerja menjanjikan waktu kerja yang berkualiti. Perkara ini saya sedari tidak berlaku di projek saya apabila pada suatu hari kontraktor menalipon saya untuk kerja OT.
Saya bertanyakan kenapa tidak panggil rakan saya itu sebagaimana selalu kamu buat. Jawapan yg saya terima adalah beliau tidak dapat di hubungi.. Saya bersetuju utk hadir pada malam itu kerana memang itu juga adalah tugas saya walaupun sekian lama dinafikan oleh kontraktor dan rakan saya dengan blessing dari pihak PMT.
Malam itu saya memantau kerja OT yang dilakukan di tingkat bawah. Pada masa yang sama, pihak kontraktor ada melakukan kerja2 defect di tingkat atas (bangunan 40 tingkat). Walaupun kerja2 defect tidak termasuk dalam kerja2 OT untuk COW, hati saya rasa terpanggil untuk meninjau. Sesampainya saya di level 18 tempat kerja2 defect tersebut dilaksanakan, saya terkejut apabila mendapati rakan saya itu ada di situ sedang berbual2 dengan pekerja2 maintenance.
Saya katakan kepada beliau, kalau saya tahu beliau ada datang untuk OT, sudah tentu saya tak akan datang kerana WMS untuk kerja2 OT hanya memerlukan seorang COW pada satu2 masa.Kata beliau sudah ada arahan untuk kedua2 COW menjalankan kerja OT. satu untuk kerja2 baru dan satu untuk kerja2 defect. Saya menjadi hairan kenapa arahan tersebut tidak sampai kepada saya sedangkan saya sentiasa ada di pejabat berbanding dengan beliau.
Saya seterusnya meninjau kerja2 defect yang dijalankan dan sebagaimana agakan saya, ternyata pekerja2 yang memuat kerja2 defect itu tidak faham tentang apa kerja yang sepatutnya dilakukan.Mereka sebenarnya mencipta defect baru untuk membaiki defect yang dikomplen. Lalu saya menunjuk ajar mereka dengan menunjukkan defect yang perlu diperbetulkan.
Moralnya, sewaktu menjalankan kerja OT terutama di waktu malam, adalah bukan waktu untuk datang bersembang dan menghatar report kepada pengurusan semata. Pemantauan kerja itu yang lebih utama. Kerja waktu malam sama juga kerja waktu siang - pengawasan mesti dilakukan. Dengan ini barulah masa kerja yang berkualiti dapat dicapai seterusnya menghasilkan output yang dikehendaki.Tambahan pula apabila kerja OT yang dibuat oleh COW itu adalah berbentuk pemantauan bukannya penyeliaan (standing supervision).
SIKAP PIHAK PENGURUSAN TENTANG KERJA2 OT
Pihak pengurusan, seperti SO atau PMT memberi laluan kepada kerja OT untuk kemajuan projek. Dalam masa yang sama mereka membantu COW untuk meraih pendapatan lebih. Namun begitu, terdapat juga PMT yang bertindak atas dasar emosi lalu dengan sedikit helah dari COW tertentu, mereka akan melebih2kan COW tersebut tanpa memperdulikan rakan sekerja COW yang lain.
Satu peristiwa lucu yang belaku kepada saya semasa menjadi COW ialah apabila saya memohon untuk bercuti. PMT menghantar sms kepada rakan saya bertanyakan samada rakan saya itu OK atau tidak jika beliau meluluskan cuti saya. Rakan saya itu menunjukkan SMS tersebut kepada saya dengan berkata beliau hairan tentang pertanyaan tersebut.Kami masing2 tersenyum kerana masing tahu yang rakan saya itu banyak ponteng dan banyak menipu punch card. Tentulah tidak ada masalah untuk beliau buat OT tanpa kehadiran saya , sementelah selama inipun beliau seakan menghalang saya dari buat OT.
Pihak pengurusan juga cuba menunjukkan keperihatinan mereka kepada COW dengan berlagak baik. Mereka memberikan unrecorded leave selepas kerja OT dan kerja OT itu pula boleh diclaim dari kontraktor. Bermakna COW mendapat 2 benefit, satu berbentuk kewangan dan satu berbentuk waktu rehat.Perkara ini memang dialu2kan. Namun begitu sikap PMT yang lebih favour kepada COW yang sering menayang muka di pejabat mereka tanpa mengusul kehadiran mereka di tapak adalah satu sikap yang tidak profesional. Apatah lagi apabila meminggirkan yang lain kerana favourkan yang lain.
Namun begitu, kejadian Tuhan ini memang unik. Tuhan jadikan sesuatu itu berpasang2, yang menipu pasangannya yang menipu juga.
Insya Allah dalam artikel akan datang saya akan tulis mengenai teknik memanjangkan masa OT 5-7. Namun begitu ia bukanlah untuk mengajar menipu tetapi untuk memberitahu pihak yang suka ditipu tentang kebodohan mereka kena tipu. Ingatlah, rezeki yang haram itu menjadi hijab kepad makbulnya doa kita. Allah marah jika kita tidak berdoa kepadaNya dan bagaimana Dia hendak memakbulkan doa kita sekiranya dalam darah daging kita ada rezeki yang haram?
mmg kerja site ada masalah mcm nie..dulu time jd site supervisor di bodoh-bodohkan oleh COW..tapi xsemuer COW perangai lahanat mcm tu,,,,kalau facing COW mcmtu naseb badan la...dunia skrg kerja apa pun mmg ada politik kotor,backstep,kawteam,kawteam....kalau xbuat semua tu lahanat tu nasihatkan aku ...xkaya,xsenang,susah dapat contact utk job...Hamlau...
ReplyDelete