Friday, January 27, 2012

BLAME YOURSELF


KENALI JENIS KECACATAN PADA BANGUNAN YANG TELAH SIAP DAN PUNCANYA - BAHAGIAN (1)

1. Hujan lebat menyebabkan ruang terrace diluar bangunan bertakung air
    
Punca kecacatan:     
Paip weephole sepatutnya 150mm dia. tetapi dipasang dengan paip bersaiz 75mm dia. saiz paip yang kecil ini tidak dapat menampung aliran air menyebabkan air yang terkumpul di ruang terrace bertakung  seperti kolam.

Kesimpulan : 
Kontraktor samada tidak merujuk plan atau cuba menipu. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku kerana C.O.W sepatutnya  membuat pemeriksaan samada kontraktor kemukakan RIN atau tidak.. Jelas menunjukkan C.O.W tidak menjalankan tugas.

2.Kerja belum siap (outstanding works) pada bahagian terrace yang hanya boleh dimasuki dari luar bangunan pada aras tinggi.

Punca kecacatan :
Mengikut sequence kerja, ruang terrace ini semestinya disiapkan dahulu sebelum facade dibenarkan untuk di pasang. Namun begitu, facade telah dibenarkan pasang sedangkan kerja-kerja plaster dan floor rendering di bahagian terrace masih belum dibuat. Kesukaran timbul untuk menyiapkan kerja ini kerana access ke bahagian terrace adalah melalui luar bangunan yang melibatkan penggunaan gondola.

Kesimpulan:
Kontraktor tidak menyelia kerja2 yang dibuat oleh Subcon Facade. Mereka juga tidak ada sistem kerja di mana bahagian yang belum siap  ditinggalkan begitu sahaja. Keadaan ini tidak seharusnya berlaku sekiranya C.O.W menjalankan kerja kerana untuk meluluskan pemasangan facade, semestinya ruang terrace ini disiapkan dahulu. Jelas menggambarkan bahawa C.O.W telah tidak membuat pemeriksaan keatas kerja2 plaster, render, waterproof dan facade.

3.Kebocoran di ruang solat akibat kegagalan pengkalis air di ruangan wudhuk

Punca kecacatan :
Lapisan kalis air sepatutnya diuji sebelum dibenarkan kerja2 pemasangan jubin berlaku. Kaedah water ponding adalah biasa digunakan untuk tujuan ini. Namun begitu, apabila berlaku kebocoran pada lapisan pengkalis air sehingga merebak ke bahagian lain, bermakna pengkalis air itu telah gagal berfungsi.
Ada juga kemungkinan bahawa lapisan pengkalis air tidak digunakan langsung.

Kesimpulan:
Lapisan kalis air biasanya digunakan sebanyak 2 atau 3 lapis bergantung kepada jenis bahan. Ujian water ponding pula dilakukan sebanyak 2 kali iaitu sekali oleh C&S dan sekali oleh akitek.Apabila berlaku kebocoran pada slab, tentulah akan disedari ole C&S. Manakala bila berlaku pada dinding batu bata berlepa atau pada sambungan batu bata dengan lantai, tentulah disedari oleh akitek. Oleh itu bila kebocoran ini berlaku, iaitu berpunca dari dinding batu bata, jelas terdapat kemungkinan kerja2 pengkalis air itu tidak dibuat atau tidak diuji.


RUMUSAN
Dengan penggunaan RIN dalam pemeriksaan dan dengan mengikut sequence / urutan kerja yang betul, kecacatan2 pada bangunan seharusnya berada pada aras minima. Namun begitu, apabila kedua2 item ini diabaikan, maka berlakulah kecacatan sebagaimana digambarkan disini.

No comments:

Post a Comment