Maklumat adalah penting dalam sesuatu projek. Seorang ketua yang efektif seharusnya menyampaikan maklumat kepada anak2 buahnya secara sama rata untuk kepentingan projek. Namun dalam kes tertentu kedapatan situasi di mana maklumat itu disampaikan kepada salah seorang dari orang bawahannya. Samada diarah atau tidak, sang penerima maklumat itu seharusnya menyebarkan kepada rakan yang lain demi kelangsungan projek.
Apabila berlaku kes penyampaian maklumat yang tidak teratur bermakna terdapat sesuatu yang tersirat:-
1. Ketua menyampaikan maklumat kepada A dan A memanjangkan kepada B. Semua orang punya maklumat yang sama tentang projek itu.
2. A kemudiannya membalas maklumat itu kepada ketua dan memaklumkan kepada B tentang balasan itu. semua orang punya maklumat yang sama tentang projek itu.
3. Ketua memberikan maklumat kepada B. Maklumat itu dipendam oleh B untuk pengetahuannya seorang - bermakna A tiada maklumat tentang projek itu. Kemungkinan B cuba menyorok maklumat dari A agar dilihat sebagai lebih efisien dalam kerja.
4. Ketua lebih suka menyalurkan maklumat kepada salah seorang sahaja antara A dan B dan tidak kesah samada salah seorang dari A dan B itu punya maklumat atau tidak.Ini mengambarkan sikap ketua itu sebagai :-
a. Menganggap maklumat itu disampaikan kepada rakan sekerja oleh si penerimanya
b.Memang mahukan salah seorang saja yang tahu maklumat itu, cth: A, dan tidak kesah sekiranya B tidak tahu
c.Ketua memang tidak sukakan salah seorang dari A / B lalu pekerja kesukaannya saja yang diberikan maklumat.
Begitu juga, antara rakan sekerja seharusnya saling menyalurkan maklumat. Namun terdapat juga kes dimana maklumat itu sukar disalurkan kerana:-
1.Rakan kerja selalu ponteng masa bekerja. Lebih parah lagi rakan jenis yang hanya datang pagi untuk punch card masuk dan datang lewat petang untuk punch keluar. Keadaan ini memusnahkan teamwork dalam pasukan kerja. Malahan di pihak ketua, akan melihat pekerja itu sebagai seorang yang rajin sedangkan masa kerja dihabiskan untuk hal2 lain umpamanya menghantar anak ke skolah, tidur di rumah dll hal peribadi.
2.Salah seorang pekerja cuba menunjuk kepada ketua bahawa dia menjalankan kerja lalu timbul situasi untuk memusnahkan kawan lain. Natijah dari situasi ini berlakulah keadaan di mana pekerja tersebut lebih rapat dengan pihak di luar dari pasukan kerja, cth: kontraktor, dari rakan sendiri. Keadaan ini juga mewujudkan pandangan serong komuniti projek kepada rakannya itu
3.Apabila salah seorang dari pekera itu dianggap problem maker kepada kontraktor, pekerja yang satu lagi akan menjadi favourite kontraktor. Keadaan ini akan menjadikan kebanyakan kerja pemeriksaan atau pemantauan hanya dimaklumkan kepada pekerja tersebut sahaja. situasi ini menambah buruk lagi pandangan komuniti projek kepada pekerja yang tidak menjadi favourite kontraktor.
Banyak lagi faktor penting yang boleh diperincikan tentang kepentingan menyalurkan maklumat perojek mengikut aliran yang betul. Namun begitu, sebagai pembuka isu, artikel ini di harap dapat membuka mata anda.
Aku kat sini pun ade rakan sekerja yg bermasaalah sama seperti yg diceritakan dalam kisah2 overtime n artikel ini....
ReplyDeletebiasa lah, site people...
ReplyDelete