Monday, January 16, 2012

Apakah kita hipokrit?

Lazim bagi kontraktor merayakan kejayaan menyiapkan sesuatu projek dengan kenduri kendara atau apa jua kaedah sambutan. Namun bagi kita yang terlibat dalam industri ini sebagai pihak pengawas samada sebagai pengurus atau penyelia atau pemeriksa, pelbagai perasaan dirasai apabila suatu projek bermasalah akhirnya meraikan kejayaan penyiapannya.

Andainya projek tersebut benar2 disiapkan dengan kecacatan yang minima, tentulah kita juga terpanggil untuk sama2 meraikannya. Namun, andainya projek tersebut disiapkan dengan pelbagai isu yang terpaksa ditelan, sukar untuk kita sama meraikannya.

Bagi kontraktor, asal saja CPC dan CF berjaya diperolehi, sudah cukup bagi mereka. Soal defect, tolak tepi. Soal outstanding works pun tolak tepi, asal saja CPC dan CF diperolehi. Yang terkilan adalah mereka yang bertungkus lumus memastikan kualiti dan spesifikasi dipatuhi tetapi akhirnya karenah birokrasi memaksakan segalanya diterima.

Dari segi hukumnya, haram bagi kita memperaku apa jua kerja yang tidak siap sebagai telah siap. Namun dalam mengejar nama dan laba, ramai orang terlupa hukum hakam.Ramai orang terlupa bahawa Allah itu Maha Adil dan sebarang ketidak adilan itu tentulah ada balasannya, tak di sini tentulah di sana... Fikir2kanlah! 

4 comments:

  1. hehehe.... kita je yang setuju, orang lain? Biaq pi lah, asal kita tak subahat dan dah menyedarkan org lain. Tugas kita selesai..

    ReplyDelete
  2. aku bukannya apa.... bila buat inspectioin... dia kata nak kacau.... mentaliti diorang ni yg nak kena ubah sebenarnya.... kita menjaga kerja2 diorang untuk value diorang gak... contohnya kalau kita buat rumah yang cantik, quality yg baik.... bila ada orang luar tengok hasil kerja tu, diorang meesti akan tanya..... contractor mana yang buat nih? itu soalan lazim yang akan kedengaran.... takkan ade dengar clerk of work mana yang jaga?..... site supervisor mana yang jaga?....tapi kalau kelihatan kecacatan yg ketara, soalan lazim yg keluar plak, "clerk of work takda cek la nih"..... clerk of work ni sebenarnya kambing hitam..... yg kontraktor plak, kalau projek tgh jalan... nampak clerk of work yang jenis tak ambil peduli, dia kata clerk of work tu bagus.... jenis tau kerja punya orang.... sebab tak menyusahkan dia.... dia pun canang kat clerk of work punya superior, sidia ni bagus buat kerja.... yang berhempas pulas nak menjaga quality ni pulak dikatakan penyibuk... tak tau kerja.... macam2 propaganda diorang keluarkan.... canang kat semua orang yang sidia ni plak saja nak carik pasal lah... nak drag time (pasal OT lah).... nak duit under table lah.... huh banyak dugaan as clerk of work nih.... yg superior yg mudah temakan kata2 contractor plak, hujung tahun punya valuation, markah jadi rendah.... bonus orang lain dapat berbulan2, yang dia plak dapat setengah bulan.... cam sial je.... bagi aku kontraktor tu cuma sekadar nama sahaja... yang penting... siapa yang akan menjaganya....

    ReplyDelete
  3. Tepat sekali kenyataan lu tu bro. Sebab tu kita nak tubuhkan persatuan COW supaya profesion ni diiktiraf dan nampak di mata industri betapa yg dok bertungkus lumus jaga quality adalah COW. Jom joint meeting penubuhan pada ahad ni maklumat di sini http://pppbm2012.blogspot.com/

    ReplyDelete