Monday, September 20, 2010

AQRS bangun butik vila mewah

AQRS bangun butik vila mewah

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Kediaman di kawasan bukit masih terus menjadi pilihan pembeli mewah untuk gaya hidup yang eksklusif dan santai.
Jadi, tidak hairanlah, para pemaju kini berlumba-lumba menampilkan pelbagai rekaan kediaman moden di kawasan bukit untuk merealisasikan impian pembeli.
Ini termasuk projek terbaru AQRS The Building Company Sdn. Bhd. (AQRS) yang menawarkan kediaman mewahnya, Contours Twin Courtyard Villa (Contours) di Melawati Heights, di sini.
Countours dibina di lereng bukit adalah butik vila mewah dan penuh gaya dengan menampilkan empat rekaan bagi memenuhi keperluan pembeli.
Pengurus Pemasaran Kanan AQRS, Thang Ah Hong berkata, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM153 juta, projek pembangunan Contours hanya menawarkan 41 unit kediaman sahaja.
Menurut beliau, Contours yang ditawarkan pada harga RM3.2 juta sehingga RM4.8 juta dan setakat ini 40 peratus telah dijual.
Sejajar dengan konsep pembangunan yang menawarkan keluasan dengan pilihan saiz lot daripada 4,165 kaki persegi sehingga 7,738 kaki persegi.
Kawasan binaan bangunan pula terdiri daripada Jenis A iaitu 5,305 kaki persegi hingga 8,183 kaki persegi dan Jenis B pula 5,892 hingga 8,148 kaki persegi.
Keluasan kediaman Jenis C ialah sehingga 7,987 dan Jenis D sehingga 7,519 kaki persegi.
Contours menawarkan antara lima hingga tujuh bilik tidur dan satu bilik kecil untuk pembantu rumah serta setiap bilik mempunyai bilik air masing-masing.
Ia juga menyediakan dua dapur untuk kegunaan dapur basah dan dapur kering sementara garaj boleh memuatkan empat buah kereta dan lebih.
Bagi memberi kelainan dalam sentuhan rekaannya, kediaman Contours membabitkan dua bangunan vila yang bersambung dengan jambatan di antara dua bangunan itu.
Selaras dengan imej mewahnya, setiap vila memiliki lif dan kolam renang, yang saiznya bergantung kepada bentuk muka bumi.
Memandangkan ia adalah kediaman mewah, seluruh kawasan Contours dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) dan setiap rumah pula disediakan sistem penggera keselamatan dan interkom.
Sementara itu, setiap kediaman dilengkapi dengan sistem kunci digital bagi pengganti kunci bagi semua pintu serta pemanasan air dan sistem paip keluli tahan karat.
Kediaman ini dijangka siap sepenuhnya menjelang 2013.
Ah Hong menambah, AQRS yang mengadakan kempen promosi penjualan Contours, menawarkan yuran guaman dan pembayaran percuma bagi Perjanjian Jual Beli dan dokumentasi, penyelenggaraan percuma selama setahun, penyaman udara percuma untuk semua bilik kecuali bilik pembantu rumah dan kabinet dapur.
Katanya, AQRS menjemput orang ramai melihat kehebatan Contours di rumah pamerannya di Melawati Heights mulai Jumaat ini selama tujuh hari atau hubungi 03-61418870 bagi temujanji peribadi.
utusan

No comments:

Post a Comment